Monday, 24 April 2017

Nak pilih course apa bila masuk universiti?

Assalamualaikum w.b.t

Straight to our topic, you guys just have to choose what do you want. There are many courses offered out there whether in public universities or private universities or college. 

Akak yakin yang masa sekolah adik-adik masih lagi tak tahu nak ambil course apa. Benda yang korang minat semua berdasarkan subjek yang korang suka. Betul tak? 

Sebenarnya kalau pilih course ni kena tengok jugak minat kita, ke mana course tu akan bawak kita di masa hadapan dan jugak environment korang sama ada sesuai ke tak. Contoh korang minat nak jadi cikgu tapi tak tahu nak jadi cikgu apa, korang boleh apply institut perguruan ataupun mana-mana universiti atau kolej yang menawarkan kos pendidikan. 

Bagi akak, pertama sekali yang korang kena fikir adalah minat korang. Tengok ke arah apa. Ada yang minat sukan, ada yang minat menyanyi, ada yang nak jadi peguam, ada yang nak jadi macam-macam la. Jadi, bila korang dah tentukan minat korang apa, so bolehlah mula buat research pasal benda yang korang minat tu. 

Akak dulu minat subjek sejarah tau masa sekolah menengah so lepas SPM akak buat research kat mana institusi yang ada tawarkan kos sejarah. So, akak apply institut perguruan since ada tawarkan course tu, dan jugak UIA. Selain daripada tu, since akak suka menari, menyanyi dan berlakon, akak usha jugak Aswara dengan Lim Kok Wing University. Tapi,lepas result SPM keluar, akak gagahkan diri untuk tak pilih ke arah bidang seni sebab akak fikir semua tu boleh jadikan aktiviti sampingan akak. (Now I am doing freelance choreographer and zumba instructor)

Ok lepas dah buat research, letak kat UPU tu dari nombor satu yang paling korang suka. Kalau korang minat banyak course dan tak sure yang mana satu, akak nasihatkan korang kena buat research betul-betul tetang course yang korang minat tu. Tanya senior, minta pendapat cikgu berdasarkan kesesuian personaliti kita dengan course tu, kelebihan kita dan jugak ke mana course tu akan bawa kita nanti. Contoh, korang minat perhotelan, jadi korang pilih UiTM dan politeknik yang tawarkan course tu tapi korang tak prefer study jauh so korang letak la institusi mana yang dekat dengan korang ke apa. Sebabnya UiTM dan politeknik ni banyak kat Malaysia so korang boleh dicampak kat mana-mana je. 

Lepas korang dah isi UPU, dan result SPM pun dah dapat, korang pergi kat imascu untuk check course apa yang sesuai untuk korang berdasarkan result korang. Kenapa perlu check? Sebab kalau apa yang korang apply tu tak sesuai dengan result, maka peluang untuk korang dapat course tu agak tipis. 

Pesanan akak, jangan ikut kawan sangat sebab semua yang korang pilih sekarang akan mempengaruhi masa depan korang. Memang orang kata kita tak boleh tentukan masa depan sebab ikut rezeki masing-masing, tapi selagi kita boleh rancang, kita rancang. Ingat jugak dengan mak ayah korang tau.

See you. 

No comments:

Post a Comment