Friday, 16 December 2016

Nak masuk universiti? Apa yang kena buat?

Assalamualaikum w.b.t

Apa nak kena buat sebelum masuk universiti? Kalau sebelum ni korang budak asrama so it would be easier to prepare sebab dah biasa. Kalau nak masuk universiti ni tak kisah lah matrikulasi ke, diploma ke degree ke, kita memang kena bersedia untuk segala benda.

Pertama sekali mental. Kenapa mental? Sebab nanti masuk universiti takkan sama macam korang duduk rumah tau. Kalau yang senang adapt tu tak apalah tapi kalau yang jenis suka sendiri-sendiri tu payah sikit lah. Masuk universiti nanti satu bilik tu bukan kita je yang duduk tau so kena behave sikit since duduk dengan orang lain. Sebab kena hormat. Trust me, macam-macam perangai yang korang akan jumpa nanti dari sebaik-baik manusia sampai teruk nau. So, kena la bersedia kan. One more thing is, nanti kelas kita start tak sama dengan roommate/housemate kita so andai kata kelas kita kena hadap pukul 8 pagi tiap-tiap hari tapi diorang punya kelas lambat, so jangan meroyan pulak ye.

Kedua, makan nanti korang redha je mana apa yang ada kat cafe korang. Kalau tak nak redha bolehla pergi makan kat luar ke apa tak ada masalah. Kita tak boleh expect tinggi sangat bila kita duduk kat tempat lain ni. Kalau member belanja, jangan tolak, tak baik tolak rezeki haha 

Korang jugak perlu belajar macam mana nak survive sorang-sorang. Kalau zaman sekolah dah biasa berkepit dengan orang, masuk universiti kena belajar untuk survive sendiri tapi bukan maksudnya tak payah cari kawan, tapi lebih kepada kalau tak ada kawan dengan kita, kita boleh buat benda sendiri. Tak perlu mengharapkan orang lain. Kenapa? Sebab bukan sepanjang masa kawan ada dengan kita. Masing-masing ada life sendiri kan so sendiri kena faham lah kan?

Lagi satu, pandai-pandai la jimat duit. Duduk universiti ni tak sama macam sekolah dik. Bukan ada satu je koperasi, satu je cafe tapi berlambak. Bukan setakat tu je, kat luar tu berlambak shopping mall lah apa lah yang boleh menggugat iman nak beli macam-macam. Kalau korang takut terlebih bajet ke apa, kalau boleh set la berapa bajet korang nak guna untuk sehari ke, seminggu atau sebulan so that tak ada la over budget ke apa. Menabung pun boleh. Korang simpan 50 sen sehari pun dah kira ok daripada tak menabung langsung. Selalu akhir-akhir semester tu biasalah semua orang kurang berduit sikit, jadi kalau menabung, boleh la gunaduit tu waktu tu atau kecemasan ke. Betul tak?

General knowledge pun penting jugak bila masuk universiti ni. Sebab senang nak jawab kat lecturer bila presentation HAHA Basically, semua orang kena ada general knowledge supaya tak ada la kita bergantung dekat ilmu yang kita belajar kat kelas je kan. Rajin-rajinkanlah diri baca newspaper ke apa ke.

Rasanya kat atas tu  je lah kot. Thanks for reading!