Friday, 25 December 2015

UNIVERSITY LIFE

Hai, Assalamualaikum.

Apa yang best sangat kat universiti ni sampai nak update pasal ni? Well nak kata best 100% tak jugak tapi just follow the flow lah kan. Harap takdelah yang terasa and kalau ada mana-mana fakta yang salah tolong betulkan ye sebab manusia tak lari dari kesilapan hee. I only write this based on pengalaman dan serba sedikit ilmu so apa salahnya kita share kan. One more thing is semua ni mostly pasal local universities so jangan salah faham eh.

Satu yang semua orang kena faham setiap universiti tak sama budaya. Tak kisahlah kat mana pun kalau environment berbeza mmg lainlah masing2 kan? Tapi ada juga benda yg common. Apa yg sama dan berbeza tu? Meh nak story.

First and foremost korang kena set dalam minda korang yang kehidupan kat universiti tak sama dengan sekolah.

Okay kalau cakap pasal makan ni, kalau kat sekolah dulu ada dewan makan kan? Koperasi bagai. Kalau kat universiti ni dah tak ada dik. Ada kat universiti tertentu je macam UiTM dgn UPM. Korang kena beli makan sendiri pendek kata pandai-pandai hidup la. Kalau yang jenis banyak duit tu bolehlah makan 24 jam sehari acah-acah self reward HAHA asalkan mampu but for me duit memang banyak habis kat makan. Betul tak? Sep sikit HAHA

For example you ada RM100 untuk seminggu. Maybe dalam RM70 tu memang untuk makan sahaja. (For me la, yang jenis beli makanan banyak tapi tak reti-reti nak habiskan LOL) So kena pandai uruskan duit la pasal makan ni. Cafe memang ada tapi mestilah kadang-kadang tekak tu rasa nak makan kat luar kan? Tambah-tambah lagi yang duduk rumah sewa atau yang kolej dia kat luar. So memang kena makan luar je lah. Kalau yang duduk kat kolej ok sikit sebab ada cafe. Cafe tu pun kena pandai pilih jugak. Cafe punya standard price mostly (and should be) lower than kedai kat luar sebab ada kat dalam universiti je kan tapi kalau mahal tu memang Assalamualaikum lah jawabnya.

Ada beberapa universiti yang tak gunakan cash untuk beli makanan kat cafe tapi guna kad. Kad topup lah kiranya kalau habis kenalah topup. Ok that's all pasal makanan. Move on to the next point. Cewah


Ok cakap pasal tempat tinggal mostly semua student univesiti akan tinggal kat kolej tak kisahlah asasi ke, diploma ke degree and so on. Ada juga yg tinggal kat luar macam rumah sewa ataupun kolej dia tu memang kat luar dari kawasan universiti. Okay lemme give an example. Kalau UIA, student asasi & degree memang duduk kat kolej. Boleh je nak duduk luar tapi yg bagusnya kat UIA diorang sediakan tempat tinggal sampai grad. Siap ada kolej untuk budak master haa! Kalau kat U lain contoh UiTM ramai yang duduk luar. Rumah sewa macam apartment, teres and etc. Kalau yang duduk kolej tu bayar untuk setiap sem tapi kalau duduk luar tu standard lah bayar bulan-bulan kan. Duduk luar atau dalam kampus tak jadi masalah. Semua bergantung kat diri sendiri.

Ok apa lagi eh? Haa pasal kelas. Kalau kat sekolah dulu mengantuk kat kelas sebab lama, kat universiti ni hmm no comment HAHA sebab semua tu bergantung kat diri sendiri. Kelas tak lama mana pun tapi kalau dah diri sendiri yg mengantuk nak buat macam mana kan LOL. But I am really thankful that I am not that kinda person. Jenis yang tak reti ngantuk dalam kelas. I don't know why mungkin sebab fobia kot nak tidur dalam kelas. Ada jugak eh orang macam aku ni

Kalau kat sekolah tiap kali cikgu nak test mesti cikgu inform siap-siap kan? Ok please move on sebab bila dah kat universiti mmg tak semua lecturer akan bagitahu test bila dan masa tulah baru kau terkapai-kapai nak tengok buku/slides etc. Yang paling best bila ada quiz tapi tak datang kelas. Tambah-tambah pula quiz tu 10 markah then bila tanya lecturer boleh tak ambik then the lecturer said no. Siapa ada pengalaman macam tu? Ya, it's me!

Lagi satu pasal kelas ni korang boleh pilih berapa banyak kelas dalam satu semester, nak pukul berapa and dengan lecturer mana tapi ada jugak universiti yang dah ditetapkan semua tu so korang redha je lah eh :')

Ok next one pasal transportation. Ikut korang la nak naik apa kereta ke motor and so on asalkan sampai kat kelas tapi basically semua transport kena ada sticker universiti masing2 la. Kalau yang kolej jauh dari kelas tu pandai-pandai sendiri la gerak awal dari kolej tambah-tambah lagi kalau kelas awal pagi. Ada pernah satu semester tu kelas dari pagi sampai petang alahai memang exhausted dengan bawak buku berkilo-kilo. But ya I survived!!! Alhamdulillah

So what's next? Kalau pasal study pun bergantung kat diri sendiri. Esok final tapi malam tu baru pulun study its up to you. Sebab bukan macam kat sekolah ada preparation class tiap-tiap malam. (Tapi masa prep korang study ke *angkat kening sambil flip bawal)Kalau ada nampak member yang study refer slides je maka janganlah pelik sebab benda tu common XD semua orang ada cara study sendiri but thing that I hate most is when people ask me
"Dah study belum?' Then I answered "Belum." 
Then people replied "Wuu untungla pandai/hebat/terer/ dan sebagainya." 
Tapi bila jawab "Dah study."
orang akan jawab "Wah hebatnya! Bagusla student ni calon 4 flat ni."
Trust me, semua komen-komen tu biasa guys. Sangat la common sampai kita tak tahu nak jawab apa dah. Tanya la semua orang mesti masing-masing pernah kena macam ni.

Oh ya btw jangan culture shock pula bila ada member yang study gila-gila siang malam punya tapi bila dah tanya dah habis study belum then dia jawab "belum/sikit je/Study? Haha what kinda question is that?" Jenis macam ni pun common guys. Pernah juga ada member macam ni jenis sorok markah and study gila-gila tapi bila tanya pasal study sorok2 pulak alahai manusia-manusia.

What I loved the most is bila kat universiti korang akan dapat ramai kawan daripada macam-macam negeri & negara. Jangan terkejut pulak bila roommate orang Syria ke apa. Best apa kawan banyak-banyak tapi yang tak bestnya kawan-kawan kat area rumah pulak yang tak ramai HAHA

Ok challenges as university student? I can say that cabaran boleh datang dari semua aspek macam relationship, study, duit and so on. Setinggi mana pun kita belajar we are still human right? We bleed and we fall down, we crash and we break down. Alahai macam lirik lagu pulak LOL

We have to be ready for any shortcoming and so on but don't forget to put trust to Allah the Almighty because He is the one that arranged our path but we are the one yg decide to do things whether good or bad. So as the conclusion, have faith. Life's a climb right? Alah ikut je lah flow masa kat universiti tapi jangan kelaut pulak. Kekadang kelaut tu tak apa tapi jangan sampai terkapai-kapai pulak nanti. Semua dah besar and boleh fikir. Keep on making memories guys!

That's all from me. Thank you for reading :) Assalamualaikum w.b.t



No comments:

Post a Comment