Saturday, 11 April 2015

Asasi, Matrikulasi atau Diploma?

 ASSALAMUALAIKUM 
Hai! Hope you guys are doing fine :) Entry kali ni nak share sikit tentang asasi, matrikulasi dan diploma. Rasanya tak terlambat kot nak brief pasal ni ye dak?  

"Apa beza dia ek?" "Mana satu nak pilih?" "Mana satu lagi ok?" "Tak nak pilih boleh tak?" 
*actually semua yg akak sebut kt atas tu setaraf :) so no worries ok

Tapi sebelum tu nak cakap awal-awal bahawasanya bahasa yang saya guna untuk entry kali ni bahasa pasar, I am not make it formal. So sorry and hope you like it! :)

Haa first and foremost nak brief tentang ASASI:

Asasi adalah kursus asas yang ditawarkan oleh kerajaan sebagai usaha untuk memenuhi keperluan rakyat dalam bidang pendidikan. Ia merupakan kursus asas yang spesifik kerana direka khas bersesuaian dengan kurikulum kursus ijazah di universiti tertentu.
*copied from http://www.myuniversiti.com/2013/04/program-pengajian-asasi-di-ipta.html

Pendek kata, kursus yang ditawarkan lebih spesifik untuk persediaan degree nanti. Sebagai contoh, korang ambil Asasi Kejuruteraan kat UIA, so degree nanti korang akan pilih major Kejuruteraan Mekanikal atau sebagainya. 

Tempoh pengajian? 

  • Setahun = 2 semester (minimum)
  • Fyi, asasi UIA je yang menawarkan 3 semester ke atas sebab based on result korang masa baru masuk. (test english dan arab)
Senarai institusi yang menawarkan program asasi?

  • UIA   ada 15 courses e.g- Engineering, Pharmacy, Human sciences, Law etc. 
  • UM  tak sure berapa courses tapi contoh dia - Sains Hayat dan Sains Fizikal
  • UPM  Asasi Sains Pertanian
  • UMS  Asasi Sains 
  • UNIMAS  Asasi Sains Hayat & Asasi Sains Fizikal
  • UiTM 
  • USM
  • UPNM
  • USIM
  Kat atas ni IPTA je. 

Kelayakan?

  • Mostly bumiputra. Sekurang-kurangnya SPM 5 kredit termasuk Bahasa Melayu. Kalau kelayakan secara spesifik tu bergantung kepada universiti sebab universiti yang tetapkan :) Haa it depends on course too! 
  • Hanya 5 kursus yang ditawarkan kepada bukan Bumiputra iaitu Asasi Sains Pertanian kat UPM & 4 kursus kat UPNM.

Elaun?

  • Yang akak tahu lazimnya pelajar akan diberikan RM1250 setiap semester. UIA je yang bagi elaun based on courses. 
Pros?

  • Lazimnya pelajar akan dapat U sama apabila dah melanjutkan pelajaran ke peringkat Degree nanti. Sebagai contoh, UMS.
  • Kalau UIA pula, pelajar tak perlu nak isi UPU lagi untuk Degree sebab pelajar yang sambung belajar kat asasi UIA memang akan terus sambung UIA jugak. Pendek kata, meringankan beban gituu sebab tak pening nak isi apa untuk UPU.
  • Cepat habis sebab 2 semester je. Yeayyy!
Cons? 

  • Jadual pack la jugak lebih kurang seperti matrikulasi.
  • Tak boleh apply kerja guna sijil asasi. Hanya asasi UM yang sijilnya iiktiraf oleh IPTA seluruh Malaysia. 
MATRIKULASI:

Ok kalau matrik pula, terbahagi kepada dua, iaitu Program Satu Tahun dan Program Dua Tahun.
Ada 4 kursus yang ditawarkan iaitu Sains Hayat, Sains Fizikal, Perakaunan dan Teknikal :)
Kalau tadi dah cakap yang asasi more specific, matrik pula lebih kepada asas. Kalau korang rasa samar-samar lagi nak pilih apa, so I think this is the best choice for you!

Tempoh pengajian?

  • Setahun = 2 semester
Senarai kolej Matrikulasi KPM:
  • Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS) di Kuala Pilah
  • Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP) di Pongsu Seribu
  • Kolej Matrikulasi Perlis (KMP) di Arau
  • Kolej Matrikulasi Melaka (MM) di Masjid Tanah
  • Kolej Matrikulasi Labuan (KML) di Merinding
  • Kolej Matrikulasi Johor (KMJ) di Tangkak
  • Kolej Matrikulasi Perak (KMPK) di Gopeng
  • Kolej Matrikulasi Kedah (KMK) di Changlun
  • Kolej Matrikulasi Pahang (KMPH) di Gambang
  • Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah (KMTK) di Pendang
  • Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang di Jengka
  • Kolej Matrikulasi Teknikal Johor di Pontian
  • Kolej Matrikulasi Selangor di Banting
  • Kolej Matrikulasi Kelantan di Kok Lanas
  • Kolej Matrikulasi Sarawak di Kuching
  • Kolej MARA Kuala Nerang – KMKN
  • Kolej MARA Kulim – KMKm ( Jurusan Sains Sahaja )

Kelayakan?


  • http://www.bumigemilang.com/kelayakan-permohonan-untuk-program-matrikulasi/

Elaun?
  • RM1250 setiap semester. (Tapi tak terus bagi full RM1250, maksudnya dapat elaun sebulan sekali iaitu RM250)


Pros?


  • Cepat habis! Sebab 2 semester je. 
  • Masih ada peluang untuk yang masih samar-samar lagi nak pilih course apa dalam erti kata lain tak tahu lagi nak ambil course apa sebab kat sini belajar benda asas je.

Cons?


  • Rasa macam sekolah balik sebab kelas dari awal pagi sampai petang. 
  • Selalu orang yang belajar kat sini rasa tertekan sebab kena catch up semua benda dengan pantas. Dah nama pun masa belajar kejap je jadi memang memerlukan komitmen yang tinggi.(Tapi rasanya kalau kita bole bahagikan masa, inshaa Allah Allah permudahkan)



DIPLOMA:




Diploma ni boleh dikatakan separa profesional. Sebab apa? Nanti akak explain ye. Ok kalau matrikulasi tadi lebih kepada asas, tapi diploma lebih kepada pengkhususan. 

Tempoh pengajian?


  • 3 tahun


Kelayakan?


  • Kena rujuk kepada universiti yang anda pohon sebab setiap universiti dan kos menawarkann syarat atau kelayakan yang berlainan :)
Elaun?

  • Kalau asasi dan matrikulasi masing-masing dapat eaun dari kerajaan, diploma pula tak dapat :)
  • Selalu apa lagi PTPTN lah jawabnya tapi saya sarankan rajin-rajinkanlah diri untuk pohon mana-mana biasiswa ataupun loan sebab dah masuk nanti korang sangat memerlukan semua tu.
Pros?

  • Lebih fleksibel berbanding yang lain. Sebab apa? Tempoh belajar lama berbanding yang lain.
  • Pada peringkat ni korang dah start buat practical tau!
  • Walaupun masa lama iaitu 3 tahun, tapi kalau mohon degree sama kos dengan apa yang korang ambil masa diploma, jadi degree hanya 2 tahun. Sebab apa? Boleh transfer kredit kita masa diploma ke peringkat degree :)

Cons?
  •  Banyak nak kena bayar! Bukan apa, kalau peringkat ni dah ada loan, dan bila sambung degree pun buat loan jugak, jadi banyakla kena bayar dik oi.
  • Biasalah, manusia khususnya remaja kalau diberi masa yang panjang untuk selesaikan satu benda, kita akan buat last minute. So, sebab diploma lama, jadi tendency untuk repeat subjek tu tinggi la jugak sebab tak fokus lah apa lah dan sebagainya. (Macam yang akak cakap tadi, komitmen kena ada)

 Kalau korang nak tengok korang layak ke tak nak mohon satu course tu, korang boleh search  kat google imascu.Korang letak je spm result korang kat situ dan dia akan keluar courses  yang layak untuk korang.


 So I think that's all! Thanks for reading and sorry for everything. Harap semua info bermanfaat :) Assalamualaikum.