Sunday, 14 December 2014

MUASIR

Zaman muasir kini
Aku cuba menapak gagah 
Meski onak tak terkira banyaknya
Seumpama titisan air di lautan

Akan ku tabah menapak 
Untuk bekalan kelak 
Agar semaian ku kelak mencambahkan hasil
Agar hamparan ku kelak selesa 
Agar Dia merahmatiku

Sesungguhnya 
Masa lalu bukan lagi ukuran 
Hanya satu pengajaran buatku
Untuk meniti hari mendatang
Segala khilaf ku harap diampunkan
Sempurna?
Bukan aku..
Tapi aku akan terus mencuba 
Mencuba
Dan mencuba