Saturday, 31 August 2013

PLKN stand for Program Latihan Khidmat Negara :D

Assalamualaikum everyone :) Lama tak update blog ni. Mana taknye asyik busy je. hee btw nak tau kenape saye letak tajuk tu kat atas ? Because saya nak cakap pasal PLKN la ape lagi. haha okayy  #joke basi
Rasenye untuk entry kali ni panjang sikit sebab banyak nak kena explain. hee hope u like it :)

        Korang semua mesti tau kan PLKN tu ape ? kalau tengok je perkataan tu confirm ramai yg ingat pasal jadi cam askar la, kena psycho ganas2 la, hukuman berat-berat la. But no ! Totally no ! Kenapa saya cakap macam tu ? sebab saya merupakan salah seorang bekas pelatih PLKN. Nama kem PLKN yang saya pergi tu is Kem PLKN Miri, Sungai Rait, Sarawak :)  Saya second intake so masuk pertengahan tahun la. Apa yang saya boleh conclude pasal PLKN is AWESOME ! Even tanye bekas2 pelatih lain pun diorang akan cakap PLKN best ! awesome !  Btw kat sini saya ada tulis sikit pasal kehidupan di kem PLKN. Ni based on pengalaman saya before ni. Hope u guys enjoy reading this !
     
      First and foremost, korang akan naik bas PLKN ramai-ramai untuk dihantar ke kem. Kat sane nanti dah ade staff yang tunggu korang. Haa before terlambat ni nak list kan sikit barang-barang yang perlu dibawa dan tak perlu dibawa. hee

Barang-barang yang perlu dibawa :
  • tuala-pakai sementara ( 1 cukup coz nanti akan dapat tuala plkn 2 helai )
  • alat-alat mandi -berus gigi, ubat gigi, sabun basuh baju etc
  • torch light 
  • selimut (ade je selimut disediakan tapi kalau nak lagi selesa bawak la selimut sendiri )
  • marker pen (untuk tulis nama kat baju & barang-barang)
  • hanger & sepit kain
  • kad telefon (prepare siap-siap senang sikit nak call nanti ;) 
  • barang-barang yang berkaitan dan bersesuaian
  • Botol minuman (tumbler) - ade je water cooler untuk isi air dalam botol & air suam disediakan :)
  • Pakaian tak perlu bawak banyak sangat sebab pakai time weekend je 
Barang-barang yang tak perlu dibawa :
  • Make up ( nanti event pape guna make up yg disediakan je )
  • Cermin (kat bilik dah ade cermin besar gedabak cukup untuk semua )
  • Baldi (beli kat kem je. tak perlu angkut dari rumah)
  • High heels 
          Kat atas ni serba sedikit yang saya dapat nyatakan. Listing macam nak g setahun padahal 3 bulan je. Alaa sepanjang 3 bulan tu korang takkan rasa hari-hari berlalu la. Trust me :) Masa minggu first of course la rasa boring + nak balik gile-gile tapi bile time nak balik rase berat hati nak tinggalkan kem :') Haa kat atas tadi saya dah mention kann macamane kehidupan sebagai pelatih PLKN ? Now let me tell you. hee
Banyak aktiviti tau ! Menembak, kembara halangan n etc. Kalau nak sebut satu demi satu memang tertido la korang baca entry ni. haha

         Perkara pertama yang korang kena buat masa sampai kem is dengar taklimat. Biasa laa tu kan mane-mane tempat mesti ada taklimat. Masa first time saya jejak kaki kat kem (1 April 2013) kitorang dengar taklimat daripada askar :O Mule2 tengok memang la cuak jugak tapi bile dah lame2 kelakar pulak. Best ! Ingat askar tak reti buat lawak ke ? Suke lagi ade laa dengar taklimat. Lepas tu, beg kitorang semua kena check & terus pergi kat dewan untuk daftar & penyerahan handphone. Part lain tu okayy je tapi masa part penyerahan handphone tu yg sebak sikit. hee Masa sampai dewan tu terkejut gile sebab dah ramai pelatih PLKN sampai. Diorang berkumpul kat dewan jadi kitorang me'nebal'kan muka pergi jugak kat dewan. Lepas tu, kitorang terus pergi kat asrama masing-masing. Asrama dia punya la jauh atas bukit. Sabar je la dah la beg besar gedabak. haha. Second day pulak kitorang dapat baju-baju PLKN, but, kasut & banyak lagi.
       
              Btw saya company ALPHA ! Go Alpha ! *tetibe semangat pulak  setiap kem ade 4 company : Alpha , Bravo , Charlie , Delta . Semua company ni bersaing secara sihat untuk menjadi yang terbaik ;)  

  *kat atas ny gambar bendera setiap company tapi tak ikut susunan la. Bravo, Alpha, Charlie, Delta :)  

          Berbalik kepada kehidupan sebagai pelatih, minggu pertama & kedua tak banyak sangat aktiviti sebab masih dalam mood 'berkenalan'.  Tapi aktiviti macam pt pagi & kelas dah start tau ! saya bernasib baik sebab minggu pertama lagi pihak kem dah bawak keluar untuk perform sempena Hari Askar Bersama Rakyat. Masa tu ada banyak performance daripada pelatih-pelatih PLKN Kem Miri such as im4u , 5 Prinsip Rukun Negara & 1 Malaysia.  Semua lagu ni memang familiar sangat dengan warga PLKN. Sebut je mesti diorang tau punye. Saya salah seorang pelatih yg perform im4u. kat bawah ni ada gambar masa hari kitorang perform tu :)

                             *gambar ni sebelum kitorang gerak g perform :)  @KEM PLKN MIRI 





               *kat atas ni pulak gambar selepas perform. Nampak tak semua muka excited je. haha

          Selepas perform, aktiviti kitorang berjalan seperti biasa :

  • 5.50 a.m - pt pagi (kawad, nyanyi lagu negaraku & plkn , exercise @ tarian Sihat 1 Malaysia , game ) - aktiviti ni dijalankan tiap-tiap pagi & merupakan aktiviti yg pelatih-pelatih tak nak buat. Macam-macam alasan untuk elakkan join aktiviti ni tapi aktiviti sebenarnya bagus utk kite :)         
  • 8.30 a.m- kelas ( bukan macam class kat sekolah tau ! macam budak-budak ade laa. best la jugak )
  • 2.00 p.m- modul fizikal ( masa ni la korang buat macam-macam aktiviti outdoor such as kawad, explorace, menembak, kembara halangan & banyak lagi ! )
  • 5.00 p.m- riadah (up to u nak buat ape time ni. yang penting waktu-waktu cenggini ramai orang jogging, hantar pakaian dobi, dating. haha )
  • 8.00 p.m- depends on kem nak buat ape kat korang. selaluny malam rilek je. hee 
  • 11.00 p.m- time to go to bed ! (sebelum gerak balik dorm harus kawad tau ! tapi kawad besa je la. just nak bagi semua balik secara teratur. Akan ada orang jerit : bertiga-tiga ! )                  
           *pasal makan jangan risau ek because korang akan makan 6 kali sehari #lebih dari cukup kot


Hmm nak cakap pasal ape lagi ek ? Haaaa pasal handphone don't worry be happy because korang akan dapat handphone every week unless kalau buat masalah depends on pihak kem nak kasi or tak. Pasal elaun pulak RM150 sebulan. Kalau elaun lambat masuk sabar je la ek sebab tu perkara biasa. Lame2 nanti masuk jugak. Kat sane korang akan jumpe pelbagai bangsa (especially yg dapat kt sabah sarawak), banyak kawan, pengajar yang sporting & macam-macam lagi la ! Banyak kenangan yang tak dapat dilupakan. :') #ehh drama lak. haha

deeply in my heart i'll always remember all those sweet moments :')

Urm I think that's all for now. Hope entry ni sedikit sebanyak memberi maklumat kat korang :)
Assalamualaikum. Feel free to read my next entry. Thank you :)